Thursday, September 26, 2013

Tak Selamanya Kita Kat Atas

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful


Kecoh sangat sekarang pasal wife player bola sepak tu.
Kerana mulut, abeh semua binasa.
Tak nak la menghukum orang kan, tapi macam tak patut la.
Pak cik tu dah macam pangkat ayah dia dah.
Entahla, hal dia dengan Allah. Dengan pakcik tu sekali.
Semoga dia diberi kesedaran.
Dan semoga pakcik diberi kesabaran.

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As r.a., bahawa sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda: “Sesungguhnya diantara dosa-dosa besar ialah seseorang itu melaknat (mencaci maki) kedua-dua orang tuanya (ibu bapanya),” lantas ditanyakan kepada baginda: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah seseorang boleh melaknat (mencaci maki) ibu bapanya sendiri?”.

Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Seseorang melaknat (mencaci maki) ibu atau bapa orang lain (kerana sebab-sebab tertentu), maka orang tersebut membalas cacian itu dengan mencaci maki (melaknat) ibu bapa yang mencacinya”.

Berdasarkan kepada hadis tersebut juga maka dapat disimpulkan bahawa Islam bukan sahaja menjadikan perbuatan menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar, malah perbuatan mencaci maki, laknat melaknat yang menbabitkan mereka juga dikategorikan sebagai dosa besar.

Caci maki ibu bapa orang lain, serupa mencaci ibu bapa sendiri. Sesorang mungkin tidak menyedari bahawa dengan mencaci maki ibu bapa orang lain juga dikira seolah-olah mencaci ibu bapa sendiri. Itu semua tidak sepatutnya berlaku di kalangan orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat.


No comments:

Post a Comment

♥Interesting Post by Others♥