Saturday, August 28, 2010

Wajah Sempena Merdeka

Salaam 'Alaik

Tajuk kat atas - "Wajah Sempena Merdeka". Tp bukan aku tau, tp blog ni la. Blog ni bertukar wajah (sikit) sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 hari Selasa ni.
Kali ni, aku tukar header lagi. Simple aje sebab dh takde idea nak buat lawa2 mcm mana.. Adess~
Sekarang pun aku tengok dh banyak blog2 buat Kempen 1 Blog 1 Bendera. Aku pun nak la join kempen tu gak. Selalu orang letak bendera kat kereta kan? Aku takde kereta, so letakla kat blog ni. Hehe..
So kawan2, jom join Kempen ni gak! Jom semua SAYANG MALAYSIA!! :)



P/S : Ambik code dari sini. Thanks :)

Wednesday, August 25, 2010

Apekah?

Okeh!
Aku try nak view profile kt GengBlogger tadi.
Tiba-tiba dapat ni:


Sape2 tau apa2?
Kalau aku click gak, bahaya ke?

Tolong Kejap :)

Salaam 'alaik

Okey kawan2. Perlukan sedikit pertolongan di sini. Aku kena buat poster untuk Family Day hostel aku. The problem is, aku kureng kreatif sgt dalam bab2 mendesign poster ni. Btw, aku dh siapkan 2 poster, so aku nak tanya la pendapat @ komen @ kritikan korang. Yang mana satu macam OK, kurang apa2 ke, perlu letak apa, kena buang apa, nampak kosong sangat ke, serabut sangat ke, ataupun dua-dua tu tak OK ke.. Bagitau je, okie :)

Thanks in advance :)


(1)


(2)


Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan & Amalan

Salam 'alaik...

Sedar tak sedar, sekarang dah masuk hari ke-14 kita berpuasa. Kejap je, kan? Rasa cam baru je. Kalau masa kecik-kecik dulu, punyalah semangat kira hari nk Raya. Sekarang, bila nak kira hari Raya, baru perasan cepat je masa berlalu. Tup tup, dh 14 hari berpuasa. Sungguh, aku tak sedar Ramadhan hampir ke penghujungnya. Rasa sedih la jugak, coz terfikir kalau2 ibadah di bulan Ramadhan tak dimaksimumkan sebaik mungkin, RUGI. Iyela kan, bulan Ramadhan kan memang banyak kelebihannya.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Aku sedar, usia makin hari makin bertambah. Tempoh kita pun makin hari makin kurang. Korang tau kan tempoh apa yang aku maksudkan? Aku takut, masa aku dh sampai nanti, amalan-amalan aku tak cukup lagi. Tiba-tiba, teringat lirik nasyeed I'tiraf (Raihan)

Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu


p/s: ^_^

Thursday, August 19, 2010

Shontelle - Impossible

Currently addicted to this song:
psstt.. I SO can relate to this song :(




p/s: Falling out of love is hard, falling for betrayal is worst. Broken trust and broken hearts.... T___T


Dream & Mimpi

Dream is just a dream, right?
Kita tak boleh nak harap apa2 dari mimpi, kan?
Walaupun dalam mimpi tu, super-duper bahagia & happily ever after, bila bangun tidur mimpi dah takde,kan?
Mimpi hanya tinggal mimpi.

Tapi, sekurang-kurangnya mimpi boleh buat kita
walaupun pada hakikatnya


p/s: Kalau nightmare lain cerita! Hehe

Berapa Lama Kita Di Alam Barzakh

Sekadar berkongsi.

======================================================

Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin.

Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.

Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan:


Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965

"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"

Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.

"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"

Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.

"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "

Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.

Muhammad Zaini 19-02-1882 : 31-01-1910

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.

Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.

"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.

"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

Ayahnya tersenyum dan menggangguk.

"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.

"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" mata Yani bersinar ingin tahu.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.

"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.


"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian. Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.

"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "

Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.

"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.

"Ya Allah..."

Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah"

Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."



P/S: Nama sekadar rekaan..Renungan untuk kita bersama :)

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum wbt...
Aku nk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat Muslimin & Muslimat, tak kira di mana jua anda berada. Di kesempatan ini, aku nak minta maaf kat semua andai kata terkasar bicara. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua & segala ibadah kita diterimaNYA. Akhir kata, selamat berpuasa, selamat bersahur, selamat bertarawikh, & selamat berbuka puasa!

Peluklah RAMADHAN ini seerat mungkin, kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskannya. Andai RAMADHAN ini yang terakhir, moga ia yang terbaik disisiNYA.

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!

Wednesday, August 4, 2010

Lawak :p

Keboringan xtau nk buat apa, aku jumpa bnd ni kat Notes Facebook kwn aku, or maybe ada dlm blog2 lain..

Sakit perut kawe dok suko.. Lawok gitumo nah.. Hahaa :D

=========================================

Gini la jadi nyo bila bahaso kelate di kecek luarkan..


Kantoi 1
Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini
"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"



Kantoi 2
Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini
"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…



Kantoi 3
Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..

dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..

"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."

dengan muka yang selamba dan serius..



Kantoi 4
kwn aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut

“pulut LEMPA satu”...

sepatutnya pulut panggang



Kantoi 5
cikgu : ada berapa jenis KUTUB kat bumi
murid : dua, cikgu
cikgu : nama dua jenis kutub tersebut
murid : KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING

(khutub @ kerutuk)




Kantoi 6
cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?
murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.





Kantoi 7
ni cito aku pulok....maso mulo2 masuk kolej...gi cafe beli air dale gelas plastik mcam kat psar malam tu..pahtu maso nok bayar tuh..."kak, ada TUDUNG tak?" sambil tgn tunjuk kat atah gelas tuh....kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata..."ooo....penutup"...
.dgn muko selamba..."a ah penutup"....malu weh....hehehehe




Kantoi 8
kwn aku citer cara2 masak kerutup..

”mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”



Kantoi 9
“saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG.....”




Kantoi 10
Aku pernah dengar statement ni kat bank...

“hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS.....”

yg ak nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......




Kantoi 11
kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..
smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..
pah, aku oyak gini dkt hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."

laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul..bantal pun ada gak ke?






Kantoi 12
peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....
'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh...




Kantoi 13
masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...

ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...

dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'

hahahahha




Kantoi 14
masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..

"Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"




Kantoi 15
member citer takdih......

si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katak.....katak..."....




Kantoi 16
ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap

guest : " nape takde api ni"
awek : " maaf cik,black out.api berJENTAP"




Kantoi 17
Dalam sebuah komuter...

“abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP.”




Kantoi 18
Ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar..

Ore luar tu g jale umoh woris dia..woris jauh2..jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..

Org Luar : ' mak ada tak? '
Anak Tuan Umah : " takdi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nk g beli lauk..... "

[standard org2 kg kat kelantan..waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngn motor kat tembak (tepi jalan ) ]





Kantoi 19
haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,

"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".




Kantoi 20
aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu

sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghe
gi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...

"kak..... PLETIM adaa ?

kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"





Kantoi 21
tringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...

saing : toke...kakah sup ada?

toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...

saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?

toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...

saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...

mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...

saing : pade pong cino tu tok pehe...




Kantoi 22
aritu mak mentua saya ikot balik kedah. time maghrib, suami n abah saya nak pegi surau.
mak mentua saya gi tanya kat abah saya

"ustaz nok gi balasoh doh ko?"
terkejut abah saya . "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"




Kantoi 23
membe saya cikgu,jenis pekat gler kelate tp ngajar di kL...budok2 biaso laa gege dale kelas..pastu dok tubik masuk tubik masuk..pastu dio jadi nk maroh gilo...nak marah ko budok2 tu. Dia oyak :

"awak ni kalau bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!!"bdak2 KL hok dengar terpinga-pinga.."apa dia TUBIK cikgu?"



Kantoi 24
budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap...
budak johor:- nk berapa?.....
budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...

pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian...

budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu....

masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....




Kantoi 25
Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..

"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..




Kantoi 26
Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..

pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....





Kantoi 27
Ore kg aku duk KL, jenis tok beso kecek luar...dia ada duit besar nok g tukar keda...nok oyak guano ni nok tukar duit ni...dio kecek luar jugak...


“bang, nak tukar duit HALUS ada ?...”





Kantoi 28
dj radio: assalamualaikum
pendengar: wa'salam...
dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?
pendengar: hujan berek-berek.....




Kantoi 29
ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..
comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,
serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..

"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."




Kantoi 30
didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey...

"BANG, ADA JUAL CETONG TAK?"...





Kantoi 31
ina baru balik dari shopping...rosnah tegur ina "WAH INA BARU BALIK? BALIK DARI MANA? BANYAK NYA JABIR KAT TANGAN TU”....





Kantoi 32
ada sore staf puam opis kawe, sebab dia hok paling janguk bos kawe suh dia entertain pelawat dr KL time acara makan2, ada buoh duye..

bila pelawat tu oyak, best2 durian sini, lemak.. dio jawab..

"memanglah durian sini best2, tp sy tak boleh makan byk sangat coz cepat lugal"..





Kantoi 33
mak aku cikgu, dulu dia sokmo wat kelik buku latihan bdk2 check dumoh..

ado sekali tuh, selok dia suko.. dio tunjuk tuh so family ngilai.. ado student tuh wat ayat..

"Itik sedang menyudu air cha.. "





Kantoi 34
Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan..tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter..

dengan pantas aku menjerit...

"Naqib...jangan lari laju2...nanti REBAS!!"

Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...





Kantoi 35
pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku..lepas make tghari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini:

" guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda"....

terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.





Kantoi 36

aku selalunya kantoi tang kunci kereta....

dah terbiasa sebut..."suis keta"

ada sekali tu, aku suruh lab assistant aku gi beli barang, aku ckp ngan dia

"ambik la suis keta aku tu...bwk keta aku jer"

dia ngan muka cuak tgk aku..."napa? keta takleh start ke?"

aku jwb balik..."ye la, kalau tak ambik suis keta tu...camana ko nak start keta aku lak?"

lagi dia heran...

pastu...baru aku tersedar.....that's kunci kereta.....

bukan suis keta





Kantoi 37

maso saing kawe mari KL...sek2 rumoh kawe nak masok tengahhari pahtu suruh la dia gi kedai beli ikan ...

saing aku : Bang ikan AYA ada?
Tokey : Ikan AYA?....ikan apa tu dik?...xde jual la
Saing Aku : Ala Bang tu ada la ikan AYA tu...(sambil tunjuk)
Tokey : oooo ni ikan tongkol la dik...

balik rumah dia bercerita gege 1 rumah dok suko ko dio..




Kantoi 38
teringat maso kawe ngaji k.l mulo,
nk g beli sabun basuh.. "kak sabun SETOKOL"




Kantoi 39
Ambo sediri pun penah kena dulu, gini..

masa kursus BTN, member dorm sebelah bising, selamba je ambo tepik,

"weiii, diamla, BOSANLA


heheheh..member kelate pecoh perut suko..lorat kelantan, istilah Bosan ni ada dua maksud





Kantoi 40
so lagi, ambo tengok budok2 dok gayut di taman permainan di Putrajaya,

ambo tepikla larang takut jatuh :

" weiii, jangan bergayut kat situ, nanti jatuh, dapat FAEDAH (BULEH PEKDOH)

member aku terguling reboh suko



Kantoi Tahap Dewa

Jusuh dari kelantan, baru datang KL, duk umah sewa kawan2 dia, suatu hari dia ikut kawan dia g disko, semua kwan2 dia mabuk. Dia ckap kat kawan dia :

"berat-berat korang semua nih.....dah-dah la tuh....jom KELIK...

- BERKECEK LUAI NAH DIEE. ;P




♥Interesting Post by Others♥