Tuesday, October 4, 2011

53. Akhirnya



1st year:
Weh, jom gi Genting Highlands. Awal2 ni la kena pegi. Tak busy lagi, kan?
Tup-tup : Cancel

2nd year:
Sem ni kena pegi jugak Genting! Plan 1st year aritu tak jadi!
Tup-tup : Cancel jugak -_-'

3rd year:
Weh, kita dah masuk 3rd year ni. Jomla gi Genting awal2 sem. Kang tak jadi macam aritu. Sedih weh~
Tup-tup: Geget jari

4th year:
Kawan-kawan, kita dah final sem! Bila nak gi Genting ni? Gini-gini, kita tak payah plan, hari Jumaat terus pergi. OK Settttt!

Akhirnya:


Dapat jugak menapak ke Genting Highlands ni. Aku dan member2 pergi sana Jumaat. Bertolak dari Terminal LRT Putra, Gombak pukul 8.00am. Pakej RM47 sorang (Bas pergi-balik, Genting Skyway pergi-balik, permainan outdoor). Kira OK la tu kan. Tapi, kalau ada yag nak naik Flying Coaster, kena bayar lain. Kalau aku, bagi free pun taknak naik benda tu. Takut~

Since pakej kitorang ni outdoor, so memang kat luar je lah.  Masuk dalam pun sebab nak solat. Pastu ada member nak masuk rumah hantu (The Haunted Adventure). RM22 sorang. Aku confirm2 la taknak masuk. 

Bagi aku, benda yang paaaaaling buat aku chuak-gile-rasa-nak-nangis-panggil-mak-ayah, SPACE SHOT! Lucky enough diorang tak capture gambar masa benda tu turun. 

Dah taknak naik benda ni!



Genting Skyway. Muka semua dah chuak bila nak naik gondola aka cable car ni. Adalah dalam 30 minit jugak.

Kabus pagi kat Genting Highlands (still dalam cable car lagi).


Double Deck Carousel. Masuk je terus terjah benda ni.

Muka teruja 2 orang kekanak riang.

Spinner. Dua kali naik benda ni. Best!

Pirate Ship. Naik dua kali jugak. Syok! Bak kata kawan aku, "Best! Macam buaian je, cuma laju sikit."
Lain-lain yang kitorang acu-cuba-try-test: Corkscrew, Flying Dragon, Pirate Train, Mini Train.

Kat Beryl's Chocolate Wonderland. Kedai coklat Beryl's. Dapat makan coklat! Err dia bagi sample je -_-'

View kat sini pon cantik. Musical Fountain.

View dari Dinosaurland.


Gambar tipikal kita kawan selamanya :)

Banyak je lagi tempat kat Genting Highlands ni yang tak diexplore. SnowWorld, Ripley's Believe It or Not, Casino de Genting, dll. Haha :DDD

2 comments:

  1. Pakej tu beli di mana ye? online?

    ReplyDelete
  2. @Cik Sara Alamak, sorry baru baca comment ni. Kitorang just pegi kat LRT Putra, Gombak. Kat situ ada kaunter tiket ke Genting :)

    ReplyDelete

♥Interesting Post by Others♥