Alhamdulillah, dah masuk hari ke-17 kita puasa. Bagi mereka yang kat Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, confirm happy kan? Yelaa, arini kan cuti sempena Hari Nuzul Al-Quran. Cuti pun cuti, tapi meh sama2 kita berkenal-kenalan dengan hari istimewa dan bersejarah bagi umat Islam ni. Maybe dah ada yang tahu, ada jugak yang tahu sikit2 (err.. macam aku ni. Heee~) pasal sejarah Nuzul Al-Quran. Tapi, apa salahnya berkongsi info sekali lagi. Kan3 :)
- Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya kitab suci al-Quran,
- Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.
- Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
- Jumhur ulamak bersepakat bahawa Nuzul al-Quran berlaku dalam 2 peringkat.
- Peringkat 1: Al-Quran turun sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam Lailatul Qadar.
- Peringkat 2: Turun secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril selama 23 tahun.
Tuntutan al-Quran
Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
- Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
- Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
- Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
Peringatan
- Al-Quran untuk dibaca, bukan dijadikan perhiasan.
- Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
- Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
- Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
- Pesan Nabi saw: "Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis)."
Satu lagi peristiwa penting pada 17 Ramadhan ialah Perang Badar. Seperti yang kita sedia maklum, Perang Badar yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah merupakan perang pertama dalam Islam. Dengan bantuan ALLAH SWT, tentera Islam seramai 313 orang berjaya mengalahkan 1000 musuh yang terdiri daripada kabilah Kafir Quraisy.
Bayangkanlah eh, 313 lawan 1000. Puasa pulak tu. Semata-mata nak pertahankan agama. Tapi, ada sesetengah orang Islam sekarang, agama letak tepi. Pangkat, kesenangan, harta dunia jadi keutamaan. Kadang-kadang mengalah dengan orang bukan Islam semata-mata nak kejar dunia -_-'
Semoga kita semua tak termasuk dalam golongan tu. Amin.
No comments:
Post a Comment