Salaam
-Clear some web-
*wipe*
*wipe*
Fuhh! Lama gila aku tak update blog ni. Takde benda & cerita menarik nak dikongsi. Mana pernah aku ada cerita menarik,kan? Sekadar membebel itu & ini. Hehe~
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kpd semua pengunjung blog ni. Maybe agak terlambat sikit, kan? Tapi takpe la kan? Raya sebulan~ Tee-hee~
Mcm mana raya aritu? Seronok? Banyak dpt duit raya? Meh share sini sikit.
Juadah utk hari pertama - Nasi Dagang & Satay. Kerahan tenaga di pagi Syawal kena bakar satay. Bermandi asap(?) demi untuk makan satay. Orang lain bakar satay, aku bakar lidi satay.
Selalu lepas solat Raya, akan diadakan sesi bermaaf-maafan, bersalam-salaman (dan kutip duit raya). Lepas tu, sesi fotografi & berfotogedik. Raya tahun ni, tak cukup ahli sebab ada sorang tu kena beraya kat Alor Setar. Tahun ni jugak, kitorang beraya dengan ahli keluarga baru - Nur Zara Aleesya yang lahir bulan Julai aritu. My niece. Cucu pertama Abah & Maa. :)
Lps sesi fotografi tu, terus menuju ke destinasi seterusnya. Rumah nenek aku yang memakan masa lebih kurang 5 minit perjalanan. Memang aktiviti wajib tiap-tiap kali Hari Raya. Sedara mara berkumpul ramai-ramai. Meriah! And, lagi satu sebab aku suka pegi rumah nenek - Buat collection duit raya! Mwahaha.. Walaupun umur dah 22 tahun, still dapat duit - sebab aku masih bergelar pelajar aka belum bekerja. Kalau gitu, abih degree ni plan nak sambung master. Nanti dpt duit raya lagi. LOL...
Begitula serba sedikit Hari Raya aku. Pergi rumah pakcik, makcik, sedara mara yang lain kat Bachok. Raya ke-2 Pasir Mas, raya ke-3 lepak rumah, raya ke-4 ada gathering dgn member2 sekolah, and hari2 seterusnya lepak kat rumah aje sebelum beraya kt UIA raya ke-11 and seterusnya.
=====================================
Layout dan header blog ni bertukar wajah sekali lagi. Kalau sebelum ni guna warna yang gelap2 sikit, kali ni aku tukar warna yang ceria2. CERIAKAN HIDUP ANDA! YEAH! (Eh, lupa tekan caps lock .)
p/s : Mood untuk menulis blog makin kurang. Adess~
No comments:
Post a Comment