Saturday, April 24, 2010

Pakcik Jgn Tension2, Okie.. :D

Salaam 'alaik...

Dah lebih kurang 3 minggu aku kat umah ni. Tp, ada kawan2 kat university lain still struggling utk final exam. Good luck, guys~! Tee-hee.. *Jgn jealous. Gi study nuh. Lolx*

Btw, tadi aku pergi Ujian Berkomputer.. Alaa, step #2 kalau nk wat lesen kreta tu ah. I got 47 out of 50. Quite OK, huh?! *Alaa, tuh pon nk bangga diri ke? Haha..* TP, ada 1 question yg aku confuse..

- Kemalangan yg mungkin berlaku semasa memandu:
A) Kereta diekori
B) Kereta di belakang
C) Semasa membelok
D) Di simpang jalan

Mana satu, uh? Serious, soalan tu aku tembak je coz ak rasa semua jawapan betul. Adeihh.. And aku yakin, tu lah salah satu dari 3 soalan yg aku salah. And 2 soalan lagi, maybe yg pasal KEJARA tuh. Tak ingat ah.. Hehee..

Tadi, ada try gak bawak kete tuh. Pakcik tuh ajar dulu yg basic2.. Kesian ah pakcik tu tadi. Confirm tension gillles ngan aku. Hahaa.. Sorry pakcik, td memang 1st time sy bawak keter. Selalu bawak keter dalam Need For Speed aje. Kalau pape jadi boleh restart. LOLX.. Sabar ye pakcik~ Ekekek..



p/s: Taknak bawak keter manual boleh? Tee-hee :p




Monday, April 19, 2010

Practical Training

Salam 'alaik..

Hari ni first day kat tempat aku praktikal - Pejabat Tanah & Jajahan Bachok. Supposedly kena masuk 12nd April, tp mintak masuk lambat seminggu. So, secara automatiknya kena habis lewat seminggu dari kawan2 yang lain. Tp, takpela coz tempat praktikal tu sebelah rumah je. Hehe..

1st day, serius agak bosan. Sbb? Takde nak buat apa2 & then tak boleh nk blend in lagi. Aku just jadi pemerhati je. Bukanla aku dok diam tak cakap apa2 dari pukul 8am-4.45pm, tp cakap gitu-gitu je la. Tiba2 hari ni aku jadi wanita melayu terakhir. Sopan & control ayu gitu. Lolx. Tp, aku tak nak ah camtu coz takut nanti orang nyampah dgn aku.. Huhu.. But seriously, it isn't me. I just need a lil more time to adapt with new people & situation. Esok aku harap boleh blend in well. *sigh*


p/s: Lagi 12 weeks minus 2 days to go. Lolx




Thursday, April 15, 2010

Kecik Hati Kecik

-Ini entri versi ntahpape Tahap 1-

=========================================

Ada org merajuk ngan aku. Sebab?

-Lambat reply msg@chat kt FB-

What da....?

Bro, keje wa kt umah bukan ngadap lappy 24-7, okie. Keje wa kt umah - makan, tgk TV, tido, main game, makan lagi, tido lagi, bla3.. So, tolonglah jangan merajuk or buat2 kecik hati kalau wa lambat reply msg tuh. Aku reply lambat 5 minit dia ckp:

- Knape awk lmbt reply msg?
- Awk x suka sy msg ke?
- Xpela, sory ganggu. Salam.
*yadaa yadaa yadaa...*

Bila nak taip ckp sorry, terus dia m'offlinekan diri (or buat2 offline).

*Maybe dia offline coz ad keje kot*


Tengokla betapa busynya aku kt umah. Even dok ngadap lappy, mata aku kadang melekat kt TV, tangan aku kadang pegang PSP, mulut aku kadang kunyah makanan. Busy, tau x? LOL



p/s: Whatever. 5 minit je pon. Bkn 5 jam. Pffftt..





Tuesday, April 6, 2010

Final Exam dh habis!

PERHATIAN: Entry ini sepatutnya ditulis semalam :)

===================================

Final exam aku dah habis! Wuwuu~ Sedihnya nak tinggal UIA, taknak balik umah.. Lolx tak mungkin aku cakap macam tu, okie..! Dari awal sem, selalu dok kira hari nak balik rumah, bukan tarikh Final Exam.. Kenapa aku sayang rumah aku? Alaa, sape tak sayang rumah, kan3.. Hehe..

Nk balik aritu, 1st time aku beli tiket on the spot.. Malam tu aku pergi Greenwood ngan kawan. Sebelum ni aku pegi sorang2 aje. And aku rasa untuk hari-hari yg seterusnya, aku taknak plan pegi Greenwood dengan sape2 dh. Sorang2 pon takpe. Pasal apa? Begini ceritanya~ Huhuu..

Aku janji ngan kawan, suruh tunggu teksi pukul 8.15pm. Nak turun awal, coz tiket tak beli lagi and kaunter tiket tutup pukul 9pm. Nak tunggu teksi pon satu hal. Then, pukul 8.15pm dia baru cakap nak simpan barang dalam stor. Oh, okie aku tak kesah coz aku ingat kejap aje. Tunggu.. and tunggu.. and tunggu sampai kol 8.40pm (lebih kurang) baru dia cakap dia nak pegi kt bus stop. Emosi aku? Sgt sgt *tooooot*.. Yelah, tiket x beli lagi, Gombak-Greenwood lebih kurang 10minit. Ok, aku sabar lagi and kol 8.50pm dia still x dapat teksi. Aku rasa cam nak nangis hentak2 kaki kt lantai! So, aku terus call kaunter tiket bas kt Greenwood tu. Nasib baik, dia cakap dia boleh tunggu sampai 9.15pm je. Tak kesahla, janji tunggu kan3..Salah aku gak, tak beli tiket awal2. Tp aku mmg berharrrrrap dpt teksi cpt2. Kaunter tutup, nak balik ngan ape nyah oii..

Nasib baik, tepat kol 9pm kawan aku cakap dia dh naik teksi. Muka yg mcm dh nk nangis, terus jd happy. Hehee.. Dalam teksi tu, kawan aku dk minta maaf coz lambat sampai. Aku cakap, xkesah pn yg penting da dpt teksi (huhh.. kalau xdapat teksi, mmg aku hangin la kan). Aku pn sian kt dia, mesti penat angkat barang and terus lari2 pergi bus stop (tp, nape tak siap ptg2 lagi? Huhu..). Sampai Greenwood lebih kurang pukul 9.12pm. Aku terus berlari-lari anak (??) ke kaunter tiket. Aku mcm dh nak nangis tgk kaunter semua da tutup lampu. Oh, patutla.. Kaunter tiket bas yg aku nak naik kt sana rupanya. Ekekek.. Biasala, kalau da kalut2 macam tu.

Bila tiket dh ada kat tangan aku, barulah aku boleh hidup dengan aman dan damai. Hoho.. Memang lps ni, aku pegi Greenwood sorang2 pn takpe. Lagi senang. Tak payah tunggu2. Teksi datang terus blah. Takde dok kalut2 lagi dah. Huhuu..

*Masa aku berjalan nak pegi bus stop, aku dgr ada orang dok cakap-cakap kt gazebo kat mahallah aku. Aku tgk, and nampak mcm something warna putih duduk situ. Aku terus rasa lain macam and aku sedapkan hati aku cakap, "Zati, mung ni rabun. Maybe sister tuh dk study kt situ." Oh, okie.. Tu budak tengah study. Tapi nape study tempat gelap. Waa~! Aku wat2 xtau. Dahla aku jalan sorang2. Aku cuba untuk berfikiran positif.. Haiz..*


p/s: Kenapa mesti kaler putih? Bukan kaler kuning, pink, merah, hijau & sebagainya? Wuwuu~




Friday, April 2, 2010

Kenapa Perlu Ada Benci Antara Kita?

-Haha.. Tajuk post macam apa, kan?-

Entry kali ini bkn nk melagakan mana-mana pihak. Sekadar ketidak puasan hati aku terhadap beberapa ekor manusia yang bakal @ mungkin menimbulkan huru-hara di negara MALAYSIA yg tercinta ni. (wahh!!)


Td kat wall Facebook, aku tercame across dengan benda ni:

Woot??! Pehal? Ada ke group ni? Aku terus PANAS! PANAS! PANAS! (Negeri kesayangan aku tu weh..) Aku pn apa lagi, try la bukak page group2 tu. Uihh, memang ada! Aku memang langsung tak tahu kenapa ada manusia2 yg sanggup buat mcm ni. Kenapa admin tu benci sgt kt ore Kelate ni eh? Satu hal yg pelik bin ajaib, kenapa kat groups yg anti Kelantan tu takde siapa2 yg komen, kecuali ore2 Kelate yg mahukan group itu ditutup? Ekekek.. Kelakar. Admin syok sendiri. Lolx..




Ni antara assumptions yg aku baca. Hehee..
  • Admin nk usha awek @ awok (?) Kelantan, tp tak dapat..
  • Admin nk beli budu tp mahal (lol.. ni kelakar)
  • Admin racist (maybe..)
  • Admin jealous dgn ore Kelate (ada kemungkinan)
And, macam2 lg la...

Serious, aku tak suka benda ni jadi. Ya, faktor utama sebab aku pun ore Kelate. And even benda ni jadi kat negeri lain pun, aku tak suka gak. Jadi batu api, rakyat pecah belah, negara huru hara. Then, kalau terus mcm ni, bila bangsa kita nak maju?

Oh, lupa. Aku pernah terbaca, ada makhluk2 bg suggestion keluarkan Kelantan dari Malaysia.. Apekah? The most retarded statement from the retarded people. Sayang, ada otak utk fikir secara logik & rasional, tp tak pasal2 meletakkan diri sebagai salah sorang yg tak tahu nk berfikir or senang cerita, takde otak. Eh, otak ada tapi akal tarak!

Aku pelik gak, kenapa rakyat Kelantan je terus di aim? Apa salah ore Kelate ni? Aku tak pernah lagi dgr statement anti negeri lain (Or anti group kt Facebook).. Setahu aku takde, kan3? Sbb kami berpuak? Sbb kami miskin? Sbb apa lagi?
  • Kami tak berpuak, tapi kami jaga silaturrahim. Saling menolong rakan-rakan yg ada masalah. Semangat itu yg kuat.Salah ke semangat tu wujud dlm diri kami ore Kelate? Apa kata kita pupuk semangat tu dalam diri semua orang Melayu. Mesti best,kan?
  • Kelantan tak miskin. Kelantan kaya dgn hasil minyak (isu royalti minyak, taknak sebut), pertanian, pelancongan, dan lain-lain. In fact, ada lagi negeri yg kurang kaya (taknak guna word miskin..hehe..).
Isu anti2 ni maybe dari dulu dah ada, and maybe jadi semakin parah selepas Final Piala Malaysia 2009 (taknak cerita gak, coz dh ramai yg tahu,kan?). Mcm ramai2 yg cakap la, "kerana nila setitik, habis susu sebelanga". Tak semua ore Kelate perangai mcm tu, okie. Same goes for rakyat2 negeri lain. Kalau ada kes jenayah, so-sial or whatnot kat negeri A, takkan kita nak cakap semua rakyat negeri A teruk, kan? Mestila tak, kan?

Btw, aku ramai kawan2 Kelate. And aku gak ramai kawan2 bukan Kelantan. Bila jumpa geng Kelate, aku tak terus tinggal kawan2 yg bukan Kelantan tu, tp kitorang sama2 geng. Discussion sama2, makan sama2, plan schedule class sama2, hangout sama2.. Kadang2 kecek Kelate terus ngan diorang. Haha.. Roomates aku pun sorang Kedah, Johor and Melaka (amik! Utara, Selatan, semua ada..ekekek..)

Berbalik pasal group2 sengal kat atas tu, satu group anti-group2 (?) tersebut telah dicreate.. Aku rasa la kan, benda2 tak bertamadun semua ni makin buat ore2 Kelate bersatu, makin kuat. Tak percaya?

TADAA!!
Haha.. Member kat group ni dh lagi ramai dari member group2 tu. Petang tadi aku tengok member baru 100++.. Sekarang belum sampai 1 hari dah ada berapa org dh.

==============================================

Baru dapat info Din Beramboi meninggal dunia lebih kurang pukul 12.30am tadi. Salam takziah utk keluarga allahyarham. Al-Fatihah..



p/s: Lets spread the LOVE, people! Aku dedikasikan lagu Casey - Jangan Ada Benci utk mereka2 yg terlibat.. Peace ^_^




♥Interesting Post by Others♥